Journey to STREAM Education

Pengenalan

Pengenalan

Tema bagi Tabika Pintar Stream Negeri Sembilan adalah KESELAMATAN iaitu Bidang KETENTERAAN. Bidang ketenteraan meliputi tiga cabang ketenteraan utama iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).Bidang tumpuan Tabika Pintar STREAM di Negeri Sembilan adalah bidang Tentera Darat Malaysia.

Negeri Sembilan sinonim dengan ketenteraan dengan terdapatnya Pusat Asas Latihan Tentera Darat (PUSASDA)di Port Dickson, Kem Syed Sirajuddin di Gemas selain beberapa kem di Seremban.

Pemilihan tema ketenteraan juga berperanan untuk menerapkan semangat patriotik cintakan negara. Melahirkan insan yang mempunyai jati diri dan kesetiaan terhadap negara melalui konsep ketenteraan. Kanak- kanak juga dapat mengetahui dan memahami tugas anggota tentera sebagai pasukan keselamatan Negara iaitu menghindar Negara dari pelbagai ancaman untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan Negara kita.

s Dalam konteks Sejarah pula Negeri Sembilan adalah merupakan di antara Negeri yang terawal dibawah pemerintahan DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan menubuhkan sepasukan ketahanan yang dianggotai anak - anak melayu iaitu Pada 1913, Almarhum DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhammad Ibni Yam Tuanku Antah telah menyuarakan hasrat menubuhkan pasukan askar melayu.

Objektif

  • Menarik minat kanak-kanak terhadap subjek berkaitan STREAM terutamanya Tunjang Sains dan Teknologi
  • Sebagai panduan kepada Pendidik Masyarakat (PM) untuk merangka proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Pendidikan STREAM dengan lebih berkesan
  • Membudayakan Pembelajaran Abad ke-21 dan sekaligus melahirkan kanak-kanak serta PM yang mempunyai ciri-ciri kemahiran Abad ke-21
Pengenalan

Perancangan

TABIKA KEMAS Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM 2), Ayer Hitam Kedah merupakan TABIKA KEMAS Pintar STREAM keempat yang dirasmikan YB Menteri Pembangunan Luar Bandar. TABIKA KEMAS Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM 2) ini dijenamakan sebagai TABIKA KEMAS Pintar STREAM (Eco Education) dilengkapi dengan elemen mesra alam yang sesuai dengan usia kanak-kanak 4 – 6 tahun. Bahan kitar semula turut digunakan dalam memberikan pendedahan kepada kanak-kanak berkaitan dengan fungsi teknologi mesra alam dalam kehidupan seharian.

Mereka diberi peluang merekacipta berdasarkan minat sekaligus membina asas yang kukuh dalam bidang matematik, sains, teknologi rekabentuk dan ICT melalui kemahiran hands on sepanjang aktiviti Modul e-STREAM (Eco Education) dijalankan. Penglibatan ibubapa dalam aktiviti Modul e-STREAM (Eco Education) merupakan nilai tambah utama dalam usaha memperkukuhkan simbiosis ibubapa/ masyarakat dengan pihak TABIKA.

Perancangan Awal

Perancangan pengisian serta reka bentuk Tabika KEMAS Pintar STREAM dibincangkan bersama pegawai serta kakitangan KEMAS yang terdiri daripada Jurulatih Institut / Pusat Latihan, Penyelia Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Pendidik Masyarakat, pegawai dari Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Ibu Pejabat serta KEMAS Negeri dan Daerah. Kerjasama pintar bersama rakan strategik dari Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Pembersihan Awam (SWCorp), Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, CIDB Negeri Kedah, Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu, dan Anggota RELA Kubang Pasu turut dilibatkan semasa proses perancangan.

Bengkel Siri 1

Pada 9 Mac 2017, bengkel bersama pegawai-pegawai KEMAS dan tenaga pakar akademik telah melakarkan deraf 3D layout rekaan luaran dan dalaman Tabika KEMAS Pintar STREAM. Inspirasi rekaan bertemakan Eco Education membentuk suasana pembelajaran di kawasan secara holistik. Pelan lantai bagi pusat pembelajaran berdasarkan fungsi.

Pusat Nama Pusat Fungsi
Bahasa Reading Room Membantu meningkatkan serta merangsang perkembangan literasi
Penerokaan Discovery Meneroka dan melakukan eksperimen berdasarkan tema
Kraf dan Kreatif Let's Get Crafty Melaksanakan aktiviti kraf dan seni visual
Block dan Puzzle Innovation Merangsang kanak-kanak berinovasi menggunakan LEGO, blok, puzzle, dan lain-lain
Drama • Dramatic Play
• Simulator Cabin
Merangsang dan mengalakkan elemen main peranan dan komunikasi dalam diri kanak-kanak
Outdoor Learning Centre Outdoor Learning Centre Kajian lapangan @ field work di luar kelas

Bengkel Siri 2

Pada 31 Mac 2017, Bengkel Siri 2 dilangsungkan bersama pegawai-pegawai KEMAS dan tenaga pakar akademik daripada UPSI melaksanakan penambahbaikan pada perspective layout dan cadangan warna luaran dan dalaman Tabika KEMAS Pintar STREAM yang sesuai. Penambahbaikan kepada susun atur pelan lantai bagi pusat pembelajaran. Namun, fungsi setiap pusat dikekalkan.

Reading Room
Pusat bagi mempelajari kemahiran membaca dan menulis berkaitan pengangkutan udara.

Contoh : Kanak-kanak menceritakan semula buku yang dibaca dihadapan rakan lain.

Discovery
Pusat penerokaan berkaitan pengangkutan udara.

Contoh : Kanak-kanak meneroka pelbagai jenis model pengangkutan udara dan berkongsi pengalaman sedia ada bersama rakan.

Let's Get Crafty dan Innovation
Pusat kreativiti kanak-kanak.

Contoh : Kanak-kanak menzahirkan idea kreatif menggunakan blok (lego) dan melalui seni lukis.

Dramatic Play
Pusat untuk melakonkan semula peranan/ watak berkaitan tema. Pakaian seragam direkabentuk khas mengikut aspirasi kanak-kanak semasa aktiviti di kelas.

Contoh : Kanak-kanak berkomunikasi memainkan watak masing-masing.

Outdoor Learning Centre
Lokasi semasa aktiviti rutin – diintegrasikan dengan Modul Keyakinan Diri.

Contoh : Kanak-kanak diberi peluang mengetuai bacaan doa semasa sarapan pagi.

Simulator Cabin
Simulator Cabin merupakan sebahagian daripada Pusat Dramatic Play bagi memberi peluang kepada kanak-kanak berkomunikasi serta bersosialisasi mengikut watak masing-masing.

Pembinaan Pusat Pembelajaran

Pembinaan Pusat Pembelajaran

Pada 29 April 2017, Pusat Pembelajaran Tabika KEMAS Pintar STREAM telah dinaiktaraf dengan membina ruang tambahan yang seterusnya dijadikan "simulator cabin". Pada Fasa 2 iaitu pada Mei - Jun 2017, proses perancangan diteruskan dengan kolaborasi dari UPSI, ASWARA, dan juga NGO.

Penjenamaan Logo

Penjenamaan Logo

  • Logo direka oleh pakar akademik dari Fakulti Seni, Komputer dan Industri Kreatif, UPSI
  • Ianya direka dengan mengekalkan warna korporat KEMAS dan bermotifkan mesra alam serta sering dikaitkan dengan kanak-kanak
  • Senarai Rakan Strategik

    Penjenamaan Logo

    • IPGK Pendidikan Teknik Bandar Enstek
    • Universiti Teknologi Mara (UITM Lendu, Melaka)
    • Kem Latihan Tentera 15 Ramd Senawang
    • Institut Kemahiran Belia Negara, Chembong
    Aktiviti Kanak-Kanak

    Aktiviti Kanak-Kanak

    Mulai 13 Jun 2017, kanak-kanak telah memulakan aktiviti dengan jayanya di pusat pembelajaran setelah proses menyiapkan Tabika KEMAS Pintar STREAM selesai.